Kelas Mengaji Wanita Dewasa

Assalamualaikum wbt. Fathul Ilmi akan mengadakan kelas mengaji Al-Quran khusus untuk wanita di kawasan sekitar Pantai Dalam. Silalah daftar segera bagi yang berminat. Butiran lanjut, rujuk pada poster.

Let's Transform

Assalamualaikum wbt. InsyaAllah kami di Fathul Ilmi akan menganjurkan program transformasi  untuk para remaja sekolah menengah khususnya perempuan. Butir-butirnya seperti yang tertera pada poster. Hubungi kami jika berminat untuk mendaftar.


Doa Khatam Al-Quran

Assalamualaikum wbt. Dalam beberapa siri kelas yang lepas, guru-guru Fathul 'Ilmi telah mengajar dan menekankan tentang bacaan Doa Khatam Al-Quran. Doa ini akan sama-sama dibaca oleh anak-anak Fathul 'Ilmi setiap kali tamat kelas. Guru-guru yang ada telah menayangkan video doa tersebutr kepada murid-murid bagi memudahkan mereka mendengar, mengikut dan menghafal dengan lebih baik. Alhamdulillah, kebanyakan mereka telah menghafal doa tersebut cuma terdapat sedikit kesalahan sebutan dalam kalimah-kalimah tertentu. Maka, guru-guru telah memainkan peranankan mereka membetulkan bacaan dan sebutan murid-murid tersebut. Jom sama-sama tonton video ini dan membacanya bersama-sama!


اللهم ارحمنا بالقرآن
واجعله لنا إماماً ونوراً وهدى ورحمة
اللهم ذكرنا منه ما نُسِّينا
وعلِّمنا منه ما جهلنا
وارزقنا تلاوته آناء الليل وأطراف النهار
واجعله لنا حجة
يا رب العالمين

Allah rahmati kami dengan Al Quran
Jadikan ia pimpinan cahaya petunjuk dan rahmat
Allah ingatkan kami apa yang terlupa, ajarkanlah (ajarkanlah)
Yang tak diketahui
Rezkikan kami membacanya
Siang dan malam (siang dan malam)
Sepanjang siang dan malam
Jadikan ia penolong kami

Bersama Guru Praktikal


Assalamualaikum wbt. Akademi Al-Quran Fathul I'lmi kini menerima tiga orang pelajar praktikal daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Antara tugasan mereka ialah membimbing kelas Al-Quran kanak-kanak sekolah rendah. Di samping melihat, mendengar, dan menyemak bacaan murid-murid, mereka turut mengajar asas-asas fardhu ain, doa-doa harian, dan perkataan-perkataan asas Bahasa Arab. Nampaknya murid-murid seronok dengan kaedah pembelajaran melalui lagu. 






Akademi Pengajian Al-Quran dan Iqra'


Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:


"Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya"





AFFILIATES